TTC - Dr. Hamid Arshat : Part 1

Setelah hampir 5 tahun usaha dan ikhtiar untuk dapatkan zuriat. Kini badan akur untuk mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Dr. Hamid Arshat. Semuanya bermula dengan perpindahan di rumah baru, berjumpa lah Naz dengan jiran-jiran di taman. Ramai juga yang berjaya setelah mendapatkan rawatan dengan Dr. Hamid. Jadinya naz nampak takde salah dan mengapa mau tangguh lagi berjumpa Dr. Hamid.

Appointment di usul pada 16 Disember 2018 melalui whatsapp since Klinik Dr. Hamid Arshat di Bukit Damansara telah ditutup dek sebab kata nurse di situ, ia dijadikan tempat untuk pesakit membuat rawatan IUI/ AIH. Nak buat appoinment dengan Dr. Hamid Arshat ni pon perlukan kesabaran yang tinggi, ramai yang perlukan khidmat beliau, assistant pon sangatlah sibuk untuk reply segala pertanyaan through whatsapp. Jadinya, pada yang ada niat untuk buat rawatan di klinik ini, tempoh pertanyaan anda di layan dalam masa 2 bulan. Alhamdulillah naz selamat buat temujanji pada 8/2/2019 (Jumaat) di Klinik Dr. Hamid Arshat bertempat di Taman Desa Medical Centre Old Klang Road. 

Details untuk Klinik Ini:-

Nama: Klinik Dr Hamid Arshat
Alamat: Taman Desa Medical Centre, Jln Klang Lama
Waktu Operasi: Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja (3hari dalam seminggu)
Sila Telefon Taman Desa Medical Centre di talian 03-7820 705 dan mintak sambungkan ke Klinik Dr. Hamid Arshat

Appointment Naz jam 8pagi, even though kita ada appoinment, kita still kene datang awal sebab appoinment slot hanya pada 8 hingga 10 pagi dan 1st come 1st serve basis. Jadinya paham-pahamlah sila lah datang awal kalau nak dpt No.1 yang dirawat. Pada Jumaat haritu, Alhamdulillah rezeki naz.. jln tak jem sangat, naz dan kawan sampai pada 7.50pagi. Ingatkan kitorang ni awal sangat, rupenye masuk2 laluan ke klinik. Nah, dah dekat 13 orang tengah menunggu di tempat waiting area. Tapi entah macam mana, ada 2 lagi kerusi kosong dekat depan sekali, kami pon duduk disitu dan tepat 8pagi baru ada nurse yang setup tempat register. Naz pon cepat2lah letak IC..tu lah ceritanya sampai dapat jadi orang kedua untuk dirawat, Alhamdulillah.

Naz sangat komited untuk rawatan, since untuk TTC memang banyak dah masa dan duit dihabiskan. Jadinye untuk treatment kali ni Naz dan suami taknak sia-siakannya. Dan berdoa sangat Allah redha, supaya kami dikurniakan zuriat penyejuk mata dan hati Abi Umi...Amin. After registration, kita akan menjalani ujian saringan untuk cek blood pressure dan some medical history survey. Jadinya Naz pon bukaklah file2 lama yang naz buat fertility treatment dekan PPUM, dengan Klinik Ajwa.. sedikit sebanyak data-data ni buatkan naz boleh skip untuk buat HSG..HSG ni perlu sebab dia satu procedure yang masukkan X-Ray liquid untuk cek laluan Fallopian tube tersumbat atau tidak. Niat dihati memanglah nak mintak klinik ni start the investigation from basic. Tapi, ingat2kan balik...agak seriau nak buat HSG tu..huhu..naz harap dengan report yang ada tak payahlah naz nak do it again..Tolonglah, takmau..huhuhu

Seterusnya buat TVS scan, scan through vagina. Selepas tu nama pon dipanggil ke bilik Dr. Hamid untuk consultation dan medication advice. Perasaan nak masuk bilik Dr. tu...macam nak jumpa artis, nervous kemain. Yela, ramai artis-artis yang dapatkan khidmat beliau, dan Dr. Hamid sangat rajin berkongsi nasihat, pengetahuan tentang hal-hal peranakan di blog, FB tak lupa juga memalui video youtube channel nya. Selepas salam, Dr. Hamid dilihat tenang membalas mesej di telefonnya, naz pon tenung jelah dia..he said wait a second ya, I said, never mind Dr. Laporan perubatan naz di beleknya, dengat semangat dia berkata..owh awak dah di diagnose ada PCOS ya. dah pernah IUI? IVF?.. naz jawab belum Dr. Jadinya naz pon terus dinasihatkan buat IUI 25/02/2019 ni dengan dibekalkan clomid dos yang paling tinggi 200mg untuk 5hari sebagai persediaan sebelum IUI. Itulah ceritanya, doakan naz dapat zuriat. Naz dah turun 7kg berat, naz dah kurangkan pengambilan gula..dan pada yang mengenali naz, naz dulu part time baker..naz sanggup stop kan bisness baking ni sebab naz harap pengorbanan naz untuk bagi masa ikhtiar dapatkan zuriat ni berhasil.. Semoga Allah nampak usaha naz ni..Amin..

Kos rawatan pada 8/2/2019 (1st appointment)
Consultation: RM200
TVS scan: RM100
Clomid: RM137.80

Total: 437.80

Comments

Popular Posts