TAK NAMPAK CAHAYA DI DEPAN MATA~~ASTAGHFIRULLAH

bagi ku, hari yang paling indah.. pagi harinya ku dapat sujud pada mu ya Allah, kadang kala diri ini harus dipaksa jasadnya, tapi indahnya rohani ku cukup bahagia dengan mu...

semestinya, hari-hari yang ditempuh, terasa lama, jika di isi dengan mengenang Mu, sungguh bahagia. seperti hari ini, bangun di awal pagi, belajar (kerana itu tanggungjawabku), dapat manfaatkan setiap waktu yang kau beri dengan baik.. aku puas, Alhamdulillah..TAPI!! perkara yang baik ini,perkara berharga ini, harus dijaga, tak boleh terpesong niat sedikit pon... aku akan leka dengan dunia..

rindukan Mu, tak cukup dengan kata-kata mahupun perkataan-perkataan yang ku coretkan ini. ya Allah, kenapa masih berat untuk aku bangun, kerjakan apa yang harus aku kerjakan.. tanggungjawabku.. aku berusaha ya ALLAH. kerana Mu aku masih hidup, kerana Mu aku masih tersenyum, kerana Mu, setiap anggota ku masih berfungsi. kejam Bagiku, jika tidak sujud pada Mu..

bantu hati ini ya Allah, aku ingin merasa getar panggilan Azan, kemanisan beriman padamu, jiwa ini masih kosong.. maaf kan aku, sepertinya masih mencari-cari identiti diri, sedangkan apa yang kau hIghlightkan di dalam ayat Mu, jelas cukup sempurna untuk dijadikan panduan...

Maafkan diri ini, kadangkala cinta di dalam hati yang Kau beri ini di bahagi-bahagikan. tak seluruhnya padaMU.. cukup rapuh diri ini, menegakkan kebenaran, menjauhkan laranganMu...

terima kasih, hati ini masih merasa sedih berjauhan dari Mu.. ampun kan dosa Hamba-Hamba Mu ini ya ALLAH..

dekatkan aku dengan orang-orang yang soleh, supaya mereka atau aku dapat mencium bau syurgaMu ya ALLAH...amin...

Comments

Popular Posts