tips yg panjang..tp saye suker..bertuahlah kalau dilayan begini
76 TIPS MEMIKAT HATI ISTERI
“ 1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
 1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya  beberapa hari sebelum itu,jangan  menunggu hingga malam Jumaat kemudian  bertanya pula apakah yang hendak  buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan  bertanya mengenai sesuatu  perkara, katakan ya atau tidak. Jangan  jadikan dirinya rasa bersalah  kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung,  berikan padanya rasa simpati anda  dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan  awak tersinggung’. Kemudian  diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa  anda memahami yang dia  tersinggung.
16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
17. Bila anda perlukan masa untuk  bersendirian akibat gusar,katakan  padanya anda akan pulang dan anda  perlukan sedikit masa untuk berfikir  mengenai sesuatu.
18. Sekiranya perasaan anda telah reda  dan anda pulang ke  rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang  menggusarkan anda dengan  cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia.  Dia perlu tahu agar dia  tidak menyangka yang bukan-bukan.
19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
20. Pada masa dia mahu berbincang dengan  anda, letakkan buku,majalah  atau akhbar yang sedang anda baca, dan  tutup TV. Berikan perhatian  sepenuhnya.
21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh  pinggan, sesekali bantu dia  untuk membasuh pinggan pula, terutamanya  jika dia letih.Bantulah dia  menggosok bekas yang sukar atau kerja  membasuh yang sukar.
22. Pastikan bila dia letih atau marah,  tanya dia apa yang dia hendak  buat dan tawarkan bantuan anda dengan  melakukan beberapa kerja yang  akan dilakukannya.
23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
25. Berikan dia lima kali pelukan setiap  hari. Satu waktu subuh, satu  zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak  berkesempatan,himpunkan dua  atau tiga pelukan pada waktu yang  terluang.
26. Telefon dia semasa anda bekerja dan  bertanya khabar atau  kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan  ‘Aku cinta padamu’.
27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
30. Selalulah periksa sama ada tong  sampah sudah penuh dan tolong  buang sampah. Kemudian tolong letakkan  plastik sampah dalam tong tu.
31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
32. Basuhkan kereta yang dipakainya.
33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.
34. Bila dia merasa marah kepada  seseorang, eloklah anda menyebelahi  isteri anda. Kalau anda tidak  bersetuju dengan caranya, itu boleh  diselesaikan kemudian.
35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.
37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
42. Luangkan masa anda untuk pergi  bersamanya ke tempat yang dia suka  pergi, selama mana tempat itu adalah  tempat yang baik atau diharuskan.
43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
46. Jadikan dia lebih penting dari  anak-anak anda. Biarkan anak-anak  anda menyaksikan bahawa isteri  mendapat perhatian anda yang lebih utama  dan lebih awal sebagai contoh  kepada mereka.
47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan  anda tahu saiz tubuhnya serta  warna, fesyen dan corak yang lebih  digemarinya. Atau anda boleh belikan  kain untuk dijahit kemudiannya.
49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
51. Biar dia tahu bahawa anda bawa  gambarya dalam dompet anda dan  menggantikan ia dengan gambar terbaru  bila sudah sampai masanya.
52. Biarlah anda yang memandu ketika  berjalan jauh. Pandulah dengan  selamat, tidak terlalu laju hingga  mengecutkan hatinya dan tidak pula  terlalu perlahan sedangkan anda  boleh laju.
53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya  dan berikan komen yang  menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak  nampaknya gembira hari ini’  atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh  tanya sebabnya agar anda tahu  apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
54. Bila anda keluar bersamanya, anda  sendiri perlulah tahu arah  tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan  memandu arah kepada anda.
55. Solat bersama dan berdoa bersama.
56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu  di rumah. nyatakan anda ada  masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan  diri melakukan perkara yang  tidak mampu anda lakukan dengan baik.  Tolong asah pisau. Gunakan gam  yang baik untuk melekatkan sesuatu yang  telah pecah. Tolong gantikan  lampu yang telah terbakar.
59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri  untuk membawa barangan yang  dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan  yang berat. Jika hendak  berjalan, letak dan barangan yang hendak  dibawa di kereta.
63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
64. Sewaktu anda mendengar dia berkata,  pandanglah ke matanya.  Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan  ‘Betul kata awak’. Di  masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda  bila anda berkata  kepadanya.
65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
67. Berikan dia ciuman dan berikan salam  atau kata selamat tinggal  bila anda mahu keluar rumah. 68. Ketawalah  pada jenaka dan senda  guraunya.
69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda. 70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
71. Berbincanglah dengan cara yang  menunjukkan kepadanya bahawa anda  mahu dia dapat apa yang dia kehendaki  dan anda juga mahu apa yang anda  kehendaki. Ambil berat, tapi jangan  berat sebelah.
72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
75. Ramai lelaki menganggap yang penting  bila bersama wanita ialah  melakukan perkara-perkara besar saja tetapi  sebenarnya yang akan  memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan  hal-hal kecil untuk  membantunya dan menunjukkan anda ambil berat  padanya. Dengan cara ini  wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia  merasa dicintai, dia akan  cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa  melakukan kerja-kerja kecil untuk  wanita akan mengubati hati anda. Bila  dia gembira anda akan turut  gembira. Anda akan merasa lebih berguna  dan berjasa kerana isteri anda  telah memperolehi perhatian yang dia  perlukan.”


Comments
Post a Comment